NETIZEN sedang berkempen untuk salah satu watak Disney iaitu Ratu Elsa untuk mempunyai teman istimewa dalam sekual filem tersebut.

Bezanya kali ini, mereka mahukan Elsa mempunyai teman wanita dan bukannya lelaki.

Hashtag #GiveElsaAGirlfriend yang bermula pada awal Mei kini menjadi trending di Amerika Syarikat.

Mereka yang menyokong idea ini berkata sudah masanya Disney mencipta watak lesbian.





Namun ada yang mengkritik kempen ini, dan berkata mereka tidak mahu Disney untuk bercampur tangan dalam agenda gerakan sosial sebegini.






Menurut laporan Fox News, Disney sebelum ini pernah menampilkan watak lesbian dalam siri televisyen 'Once Upon A Time' di saluran ABC.

Setakat ini, pihak Disney belum mengumumkan bila filem sekuel Frozen akan ditayangkan.