SELAMAT datang ke Instagram, Will Smith!


Pelakon Hollywood terkenal, Will Smith mengejutkan peminatnya apabila beliau membuka akaun Instagram pada Khamis.

Dalam hanya tempoh dua hari, pelakon Bright itu sudahpun mempunyai dua juta pengikut.

A post shared by Will Smith (@willsmith) on


Kawan baik Will, penyanyi Justin Timberlake turut mengucapkan ‘selamat datang' kepadanya dengan memuat naik gambar mereka bersama.

Timberlake juga turut mengajar beberapa istilah sosial media seperti 'throwback'.

"Selamat datang ke Instagram Will Smith. Ini namanya #TBT bermaksud Throwback Thursday yang bermaksud anda memuat naik gambar kegemaran yang diambil sebelum ini pada hari Khamis.

"Saya suka gambar ini kerana kita nampak seperti sedang bercakap sesuatu yang serius dan ia membuatkan saya rasa sebagai orang penting,” tulis Justin.