Penyanyi Pop terkenal, Taylor Swift menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26 hari ini (waktu Malaysia).

Dilahirkan pada 13 Disember 1989, Taylor merupakan salah seorang penyanyi yang disegani ramai kerana sifatnya yang suka melakukan kerja-kerja amal serta menjalinkan hubungan yang baik dengan peminatnya.

Dibesarkan di Wyomissing, Pennsylvania, beliau berpindah ke Nashville, Tennessee, pada usia 14 untuk mengejar kerjaya dalam industri muzik.

Sempena ulang tahun kelahiran beliau, ucapan selamat hari jadi daripada rakan-rakan selebriti serta peminatnya membanjiri media sosial.

Antara selebriti Hollywood yang menyampaikan ucapan mereka ialah Selena Gomez, Shawn Mendes, Gina Rodriquez, Gigi Hadid, Ruby Rose dan Ellen DeGeneres.





Selain itu, peminat dari seluruh dunia juga tidak terlepas untuk menyampaikan ucapan pada artis kesayangan mereka itu di media sosial.







Dalam perkembangan lain, Swift mengumumkan bahawa Apple Music diberi hak atas tayangan perdana filem siri jelajah konsert '1989' pada 20 Disember.

Ia memberi peluang untuk Swfit kongsi sedutan disebalik tabir pembikinan konsert berkenaan.

Perkara ini dikongsi oleh Swift di Twitter, yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas ucapan sempena hari lahirnya.