SELEPAS mengambil seorang anak angkat lelaki, bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi kini menerima kehadiran seorang bayi perempuan bernama Maisara Dayana Fathia.

Abby menyampaikan khabar ini menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Repost @daiyandayana_ ❤️ . Assalamualaikum. Selamat Pagi. Kita ada berita gembira nk share pagi ni. Kita dah ada baby "kembar tak seiras" & "kembar tak sebulan" hehe



Sebelum ini, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Daiyan Fayyadh.

Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mempunyai tiga iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Selepas bercerai dengan Abby, Norman berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza dan mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim yang baru sahaja dilahirkan.