Lain orang lain, lain caranya.

Begitu juga dengan kehidupan seorang artis.

Kalau sebelum ini, Pelawak dan Pengacara Gegar Vaganza, Jihan Muse tidak mendedahkan begitu awal wajah anaknya, yang digelar #babyninja, namun selepas lebih dua bulan berpantang akhirnya dia dan suami, pelakon Ungku Hariz sudah bersedia berbuat demikian.

Melalui instagram miliknya, Jihan memuat naik gambar pertama keluarga kecil mereka, iaitu bersama anak sulung mereka khusus untuk tatapan peminat.



Satu majlis Aqiqah dan cukur jambul turut diadakan semalam dan pasangan itu turut berkongsi nama anak mereka iaitu Ungku Arsalan Haq.

Bagaimanapun, gambar majlis berkenaan belum dimuat naik di instagram masing-masing, sebaliknya dikongsi beberapa teman rapat Jihan termasuk Fara Fauzana.