Tutup

"Sembang pasal anak 'jer' dengan Eva Longoria" - Anzalna jumpa pelakon Desperate Housewives

"Sembang pasal anak 'jer' dengan Eva Longoria" - Anzalna jumpa pelakon Desperate Housewives
Anzalna berada di Paris, Perancis sejak seminggu lalu selaku duta L'Oreal Paris bagi menghadiri acara Paris Fashion Week yang sedang rancak berlangsung di sana.
PELAKON cantik Anzalna Nasir berkongsi rasa teruja apabila bertemu dengan pelakon, pengarah dan penerbit popular Hollywood, Eva Longoria.

Kata Anzalna dia umpama tidak percaya apabila ikon yang popular dengan siri televisyen Desperate Housewives itu ada di depan matanya ketika menghadiri pertunjukan fesyen Karl Lagerfeld x L'Oreal Paris kelmarin.

"Sudah tentu saya 'starstruck' apabila pelakon yang saya minat berada di depan mata.

"Syukur kontrak saya bersama L'Oreal Paris dilanjutkan lagi setahun dan pada acara ini saya sempat bertemu dengan ramai selebriti popular seperti Eva, Aishwarya Rai dan Camilla Cabello!
"Ketika bertemu dengan Eva kebanyakan perbualan kami berkisar pada anak dan cabaran menjadi ibu. Dia memang lucu dan pertemuan itu sangat menyeronokkan," kongsi Anzalna kepada Gempak.

Pelakon itu turut memuat naik foto kenangannya bersama Eva di laman sosial Instagramnya semalam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Desperate housewives


Anzalna berada di Paris, Perancis sejak seminggu lalu selaku duta L'Oreal Paris bagi menghadiri acara Paris Fashion Week yang sedang rancak berlangsung di sana.
Keberadaan Anzalna turut ditemani suaminya, Hanif Zaki dan anak tunggalnya, Mohamad Eidrees yang baru berusia tiga bulan.


Tag: Anzalna Nasir, Eva Longoria, Desperate Housewives, L'Oreal Paris, Aishwarya Rai, Camilla Cabello, Hollywood



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.