PELAKON Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza telah menyambut ulang tahun perkahwinan ketujuh pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Norman telah memuat naik sebuah video bersama isterinya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

"Allah Ya Tuhanku yang menyatukan dua hati ini. Engkau tebarkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayang antara satu sama lain sebagaimana Engkau satukan hati junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidatina Khadijah R.A untuk kami saling mencintai,menyayangi & saling menghargai hingga sampai ke syurgaMu. Aamiin Ya Rabb.

"Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-7 isteri. Terima kasih kerana sudi menjaga segala keperluan diri ini dan anak-anak, memasak & menerima suamimu ini seadanya.

"Semoga terus setia menjadi makmumku hingga ke syurga ye cayang," tulisnya.

"Allah Ya Tuhanku yang menyatukan dua hati ini...Engkau tebarkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayang antara satu sama lain sebagaimana Engkau satukan hati junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidatina Khadijah R.A untuk kami saling mencintai,menyayangi & saling menghargai hingga sampai ke syurgaMu...Aamiin Ya Rabb" . . SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-7 ISTERI❤️...terima kasih kerana sudi menjaga segala keperluan diri ini dan anak-anak,memasak & menerima suamimu ini seadanya...semoga terus setia menjadi makmumku hingga ke syurga ye cayang...I ❤️U.

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Norman dan Memey.

Norman dan Memey telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.