Sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Astro menyajikan lebih 230 buah program istimewa khas buat penonton.

Menurut Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh, Astro menawarkan kandungan cukup komprehensif sepanjang musim perayaan selain menjanjikan kepuasan kepada penonton.

“Pengisian Syawal bakal disemarakkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi program hiburan variasi, muzikal, komedi, koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa.

“Drama bersiri terkini, telefilem ‘spin-off’ menampilkan nama-nama popular tanah air, naskah-naskah throwback legend serta program kanak-kanak dan animasi.

“Para peminat sukan bola sepak juga sudah pasti tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan perlawan akhir Liga Eropah (UEFA) dan Liga Juara-Juara UEFA pada minggu terakhir ramadan,” jelasnya.


Berikut Gempak kongsikan program-program menarik yang ditawarkan sempena Syawal.

1.MeleTOP Raya menampilkan keluarga selebriti antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah, Arif Jiwa, Tya Arifin & Asyraf Khalid, Lana Nodin Mckienzi bersama suami dan anak-anak, Fauziah Latiff, Datuk M Nasir, Ernie Zakrie, Syamel dan ramai lagi.

2.Sepahtu Reunion Al Raya 2019 menampilkan Mira Filzah, Atikah Suhaime, Rozita Che Wan dan Datuk Jamal Abdillah.

3.Koleksi filem hebat antaranya Hantu Kak Limah, Polis Evo 2, Abang Long Padil 2, Pengabdi Setan, Dukun, Train To Busan, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan banyak lagi.

4.Program variati antaranya Gegar Vaganza Raya Muzika, Geng Big Stage Beraya, dan Cinta Overhaul Aidilfitri.

5.Program Hiburan antaranya MLM Raya 2019, Sepahtu Reunion Raya Gear 5, Arena Panggang Marah-Marah Sayang.

6.Drama terkini, Curi-Curi Cinta dan Setelah Lafaznya Akad.

7.Telefilem ‘spin-off’, Cerita raya Luar Biasa, Cik Reen Cik Ngok Ngek Raya dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu Raya.

8.Animasi dan kanak-kanak, Nussa, Upin Ipin Raya, Omar & Hana, Raya Kolumpo, Ceria Megastar Ministar.

9.Istimewanya kali ini, khas buat peminat bola sepak, perlawanan akhir Liga Eropah (UEFA) antara pasukan Arsenal menentang Chelsea pada 30 Mei dan pasukan Liverpool menentang Tottenham pada 2 Jun 2019 juga turut ditayangkan.

10.Astro First Eksklusif - 17 Puasa (arahan Mamat Khalid) sekuel kepada 16 Puasa ditayangkan bermula 22 Mei ini.

11.Astro Shaw- Tiga naskah terbaru iaitu Sangkar (Ogos 2019), BoBoiBoy Movie 2 (Ogos 2019) dan Wira hujung tahun ini.

12.Kandungan Digital- Gempak membawakan filem pendek Berjudul Ketupat, sketsa komedi, Bila Raya Tiba, Gempak TV Raya, dan Masak, Makan, Raya.

Manakala Rojak Daily membawakan Showdown dan Behind The Heels serta Drebar menawarkan siri editorial Tip Pemanduan Raya.

13.Kandungan radio menawarkan Carta Raya Selebriti ERA, ZAYAN Marhaban dan Raya bersama Selebriti Pantai Timir di GEGAR. Pendengar juga boleh menyampaikan ucapan Aidilfitri menerusi HITZ, MIX dan LITE.

Peminat juga boleh mengambil bahagian dalam acara lapangan Rumah Terbuka ERA, Rendah Raya SINAR dan Bro Busker Raya ZAYAN.

14.Go Shop membawakan program istimewa iaitu Celebs woth Joy (Sherry Alhadad, Chef Wan dan Adibah Nor).

Go Shop juga menyediakan pemberian duit raya menerusi kempen Duit Raya Rebate sehingga 31 Mei ini. Untuk maklumat lanjut layari www.goship.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop.

Selain itu, Astro juga menawarkan Astro Rewards iaitu program kesetiaan pelanggan yang menawarkan ganjaran dan promosi eksklusif kepada pelanggan tanpa perlu mengumpul mata untuk menebus. Untuk maklumat lanjut layari www.astro.com.my/rewards.