PELAKON Iqram Dinzly berkongsi detik mengerikan sewaktu mengadakan sesi live Instagram bersama peminatnya malam tadi.

Dalam sepotong video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang peminatnya, muncul lembaga hitam berdiri di belakang Iqram.

"Weh buat hal! Memang ada lembaga hitam yang korang cakap Kodin tu. Aduh!

"Seram pula rasanya nak buat live video malam-malam ni. Tambah pula malam Jumaat!

"Ia menjelma kembali kes dua tahun lepas pun begini," tulisnya menerusi akaun @prinxchiqydinzly.

Weyh buat hal siot ! Memang ada #lembagahitam yang korang cakap #kodin tu siak ! Aduhhhhhh! Seram lak rasanya nak buat #livevideo malam malam ni , tambah lak #malamjumaat ni . @bawaabata.merebucks Terima kasih @dammahumnauzliriahk kerna tolong #ss kan untuk sy . #screenshot . Serammmm nih