BEKAS lagenda komedi Bill Cosby dan pengarah filem Roman Polanski ‘dibuang’ dari Akademi Sains dan Seni Perfileman (The Academy of Motion Picture Arts and Sciences) kerana tuduhan melakukan serangan seksual.

Kedua-dua nama besar itu merupakan antara anak seni terawal yang dibuang dari akedemi yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu kerana melanggar peraturan susulan beratus tuduhan serangan seksual.

Akedemi itu dalam satu kenyataan berkata, lembaga pengarah bersetuju untuk membuang Cosby dan Polanski yang telah menjadi ahli sejak tahun 1996 dan 1969.

“Lembaga Pengarah akan terus mendorong anak seni untuk menyemai sifat baik sebagai etika yang telah ditetapkan akademi sebagai tanda hormat terhadap orang lain,” katanya seperti yang dilapor Reuters.

Pengusiran ini terjadi apabila tuduhan yang melibatkan ahli politik, ahli perniagaan dan penghibur yang dilucutkan dari pelbagai projek kerana gerakan #MeToo dan kempen Time’s Up yang memperkasakan hak wanita yang menjadi mangsa pencabulan serangan seksual.

BACA: #MeToo: Selebriti turun padang sertai perhimpunan 'perkasa' wanita

Terdahulu, Cosby, 80, yang terkenal dengan siri komedi keluarga 'The Cosby Show', disabitkan bersalah dan berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara selepas melakukan serangan seksual terhadap Andrea Constand pada 2004.

BACA: Cosby bersalah serangan seksual puluhan mangsa

Manakala Polanski, 84 yang pernah merangkul anugerah Pengarah Filem Terbaik Oscar pada 2003 mengaku bersalah melakukan serangan seksual terrhadap kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.