TIDAK ramai artis yang mahu membuka cerita lama, mahupun cerita yang tidak memaparkan hanya yang indah tentang mereka.

Namun berlainan dengan Remy Ishak yang mahu bercerita tentang kehidupannya.

Menurut Remy, beberapa tahun kebelakangan ini dia terfikir untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku yang menceritakan kepayahan serta perjuangan hidup yang dilaluinya.

“Kisah tentang seorang anak/adik/abang yang memikul tanggungjawab bagai seorang ‘bapa’ dalam keluarga, anak seni yang ‘struggle’ apabila di belakang tabir, serta seorang hamba Allah yang sering diuji dengan pelbagai dugaan.

“Alhamdulillah, 2019 ini saya masih bernyawa, masih bernafas di bumi indah milik pencipta yang maha esa untuk sekalian semesta, Allah SWT.

Menurut Remy lagi dia bagai mendapat satu semangat baru, satu semangat yang dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya, lalu dia telah berbincang dengan beberapa tokoh hebat dalam bidang penulisan untuk meneruskan impian dan hasratnya.

Buku yang diberi tajuk 'Sedekad' itu bakal dilancarkan pada tarikh lahirnya, 11 April 2019.

di awal pembabitan saya dlm dunia lakonan, saya pernah berjanji dengan diri sendiri . . “kalau dapat bayaran yang besar nanti, benda pertama yang aku nak buat, nak bawak mak pergi tanah suci mekah, nak buat umrah..” . tapi... haih


“Sedekad juga akan menjawab setiap persoalan yang tidak pernah terungkai apabila disoal oleh rakan wartawan untuk sebarang media, termasuklah fasa di mana saya diuji dengan ego dalam diri serta perkara pelik & mistik, dimana akhirnya ia mengundang kejatuhan dan kemurungan dalam diri saya sendiri,” tulis Remy.