Pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan sempat meraikan Aidilfitri bersama peminatnya di halaman rumah.

Pelakon itu juga menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada peminatnya dan turut bergambar bersama mereka dari beranda kediamannya.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Shah Rukh Khan berkongsi gambar ‘selfie’ bersama ratusan peminatnya yang berkumpul di luar kediamannya.

"Terima kasih kerana meraikan Aidilfitri bersama saya. Semoga kalian semua sentiasa dirahmati," katanya.




Video itu menunjukkan ratusan peminat berkumpul diluar kediamannya di Mumbai, India.

Shah Rukh Khan juga dilihat melambai kepada mereka dan melakukan beberapa aksi 'comel' untuk peminatnya.