Pelakon sensasi negara, Shaheizy Sam meraih kemenangan di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem ‘Songlap’.
Aktor berusia 31 tahun itu menewaskan empat lagi aktor serantau dari Indonesia, Filipina dan Singapura termasuk pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales dan aktor Singapura, Gurmit Singh.
Majlis yang berlangsung di Kuching, Sarawak itu turut menyaksikan karya anak seni Malaysia pulang bergaya apabila memenangi beberapa anugerah utama antaranya Filem Terbaik Aksi (Songlap), Filem Terbaik Komedi (Istanbul Aku Datang) dan Lakon Layar Terbaik (Bunohan).
Selain itu juga, penghargaan diberikan kepada karyawan Malaysia melalui Anugerah Penghormatan Khas untuk filem ‘Hanyut’ dan Anugerah Sepanjang Hayat kepada aktres terkenal antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak iaitu Datuk Seri Michelle Yeoh.
Delegasi Malaysia diwakili oleh para pelakon dan pengarah filem seperti Sofia Jane, Nancie Foo, Radhi Khalid, Julia Ziegler, Vanidah Imran, Tony Eusoff, Shaheizy Sam, Esma Daniel, Pekin Ibrahim, Dain Said dan Pansha.
AIFFA yang berlangsung dari 28 Mac merupakan acara julung kalinya diadakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementrian Luar Negeri Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Festival filem ini turut menarik penyertaan penggiat seni perfileman serantau seperti Indonesia, Vietnam, Singapura, Filipina, Myanmar dan Brunei.
Berikut adalah senarai pemenang AIFFA 2013
Senarai pemenang AIFFA 2013:
Pengarah Terbaik
Riri Riza (Atambua 39 Degree Celsius - Indonesia)
Filem Terbaik
Aksi: Songlap (Malaysia)
Drama: Sta. Nina (Filipina)
Komedi: Istanbul Aku Datang (Malaysia)
Pelakon Wanita Terbaik
Alessandra De Rossi (Sta. Nina - Filipina)
Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam (Songlap)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Anita Linda (Sta. Nina - Filipina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Bugoy Carino (Alagwa - Filipina)
Lakon Layar Terbaik
Bunohan (Malaysia)
Suntingan Terbaik
Sang Martir - Cesa David Luckmansyah (Indonesia)
Sinematografi Terbaik
Rayya (Indonesia)
Anugerah Khas Juri
Kayan Beauties (Myanmar)
Rectoverso (Indonesia)
Ada Apa Dengan Rina (Brunei)
Taxi! Taxi! (Singapura)
Anugerah Penghormatan Khas
Hanyut (Malaysia)
Anugerah Sepanjang Hayat
Datuk Seri Michelle Yeoh (Malaysia)
ASEAN Spirit Award
Cinta Tapi Beda (Indonesia)
Aizat Sharif
Sat Mar 30 2013
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Shaheizy Sam menang Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA
Pelakon sensasi negara, Shaheizy Sam meraih kemenangan dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.
Filem tempatan bersaing di AIFFA 2013
Filem-filem tempatan di negara ini akan bersaing dalam AIFFA 2013 yang turut disertai oleh penerbit Saving Private Ryan, Gary Levinsohn.
Tonton 80 filem ASEAN tanpa henti
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA 2013) akan diadakan di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak pada 28 Mac 2013. Lebih 80 buah filem akan dipertandingkan dalam acara tersebut.