Nukilan sutradara, Guillermo del Toro berjudul 'The Shape of Water' berkisar seorang wanita yang jatuh cinta dengan makhluk aneh mendahului pencalonan Anugerah Oscar 2018 selepas tercalon dalam 13 kategori termasuk Filem Terbaik.
'The Shape of Water' akan bertanding dengan filem, "Call Me By Your Name,", "Darkest Hour" dan "Dunkirk," "Get Out," "Lady Bird," "Phantom Thread," "The Post" dan "Three Billboards Outside Ebbing, Missouri" dalam kategori Filem Terbaik.
Siapa yang bakal meraih trofi 'Filem Terbaik' dalam majlis penganugerahan yang bakal berlangsung di Hollywood pada 4 Mac nanti?
Setakat ini, "The Shape of Water" turut berjaya meraih pencalonan melalui beberapa kategori utama termasuk, Pengarah Terbaik. Sally Hawkins yang merupakan pendokong utama "The Shape of Water" turut disenaraikan dalam kategori Aktres Terbaik.
Hawkins bakal berentap dengan Hollywood Favourite, Meryl Streep dan Frances McDormand dalam kategori Aktres Terbaik.
"Dunkirk", terbitan Warner Bros mendapat pencalonan kedua tertinggi dengan lapan pencalonan, termasuk untuk pengarahnya, Christopher Nolan.
Astro Awani
Tue Jan 23 2018
'The Shape of Water' mendahului pencalonan Oscar selepas tersenarai dalam 13 kategori termasuk Filem Terbaik. - Foto IMDB
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
'The Shape of Water' dahului pencalonan Oscar
Karya nukilan sutradara, Guillermo del Toro berjudul, 'The Shape of Water' mendapat pencalonan tertinggi di Oscars 2018 tahun ini. Mampukah filem ini meraih trofi berprestij tahun ini?