PELAKON Sharnaaz Ahmad mengumumkan nama anak pertamanya menerusi akaun media sosialnya, sebentar tadi.

Menerusi posting pelakon itu, Sharnaaz dan isteri sepakat memberikan nama anak mereka, Jebat Jayden.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Sharnaaz Ahmad atau Basir Ahmad, 33, tidak menyatakan maksud di sebalik nama tersebut.

Foto wajah bayi turut disertakan.

"Hye asalamualaikum dengan lafaz bismillah dan penuh kesyukuran berkat Rahmat Allah yang maha kuasa.

"Dengan ini saya memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad B. Sharnaaz Ahmad," kongsinya.

Dalam perkongsian itu, kelihatan Sharnaaz juga telah mewujudkan akaun khas putera kesayangan mereka @jebat.jayden



Ketika ini IG Jebat mempunyai satu posting dan pengikutnya mencecah 3,500 orang.

Sharnaaz Ahmad dan Noornabila selamat melahirkan bayi lelaki pukul 9.01 pagi tadi di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur, Khamis lalu.