Pemenang Asia's Next Top Model daripada Malaysia Sheena Liam memilih seniman lukisan mural terkenal dunia Ernest Zacharevic untuk menamatkan zaman bujangnya.

Pertunangan mereka diumumkan oleh Sheena dan Zacharevic menerusi akaun media sosialnya, semalam.




Kepada mereka yang tertanya-tanya siapakah itu Ernest Zacharevic? Berikut adalah beberapa fakta mengenainya.

1. Dilahirkan pada 1986 di Lithuania, Zacharevic merupakan seorang seniman dunia yang pernah menghasilkan ratusan lukisan jalanan (mural) di Malaysia, Zacharevic pernah melukis di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Kuala Lumpur.

2. Pada tahun 2012, beliau menerima pengiktirafan dunia selepas mencipta enam siri lukisan mural untuk Festival Kebudayaan George Town di Pulau Pinang. Karya beliau menggambarkan pemandangan kehidupan seharian di Malaysia dengan menggunakan orang tempatan sebagai model.

Dua lukisan yang paling popular adalah lukisan dua kanak-kanak mengayuh basikal dan seorang budak lelaki menunggang motosikal.

Kredit Gambar: Portal ERNEST ZACHAREVIC

Kredit Gambar: Portal ERNEST ZACHAREVIC
3. Beliau telah mengadakan pertunjukan solo pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2012 di Hin Bus Depot, sebuah pusat kesenian dan budaya yang terletak di George Town.

4. Pada tahun 2013, beliau berhadapan dengan kontroversi untuk hasil karyanya di Johor Bahru. Mural itu memapar seorang perompak bersenjatakan pisau, sedang menunggu untuk menyamun wanita watak Lego yang membawa beg jenama Chanel.

Walaupun lukisan itu kemudian dipadam oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tetapi beliau telah menerima sokongan hebat daripada netizen kerana membawa isu sebenar menerusi lukisannya.

Kredit Gambar: Portal ERNEST ZACHAREVIC
5. Selain Pulau Pinang dan Johor, beliau juga pernah menghasilkan lukisan mural di Ipoh dan Kuala Lumpur.

Kredit Gambar: Portal ERNEST ZACHAREVIC
6. Karya lukisan seniman popular itu turut boleh dilihat di beberapa ibu kota lain seperti Singapura, Dubai, New York, Iceland, Hawaii dan Atlanta.

Kredit Gambar: Portal ERNEST ZACHAREVIC
7. Seniman berusia itu turut mengendalikan kempen seni alam sekitar, Splash and Burn di Pulau Sumatera Indonesia, bersekutu dengan persatuan SOS Orangutan Sumatra dan Orangutan Information Centre (OIC)

Kredit Gambar: Portal ERNEST ZACHAREVIC