Siapa urus Zamani? Ini kenyataan rasmi penyanyi itu sendiri

Siapa urus Zamani? Ini kenyataan rasmi penyanyi itu sendiri
Zamani (kanan) membuat kenyataan rasmi berhubung kekeliruan pihak sebenar yang mengurus kariernya.
BINTANG Gegar Vaganza 5 (GV5), Zamani tampil membuat kenyataan rasmi berhubung kekeliruan pihak sebenar yang mengurus kariernya.

Jelas Zamani, kenyataan itu dibuat bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan.

"Terima kasih di atas sokongan dan doa-doa anda selama ini terutama sekali untuk Program Gegar Veganza 5 yang lepas. 
"Di sini saya ingin membuat kenyataan rasmi berhubung beberapa perkara agar tidak timbul isu salah faham di masa hadapan.

"Semoga dengan penjelasan saya ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini telah terjawab," katanya menerusi kenyataan media yang dihantar oleh pengurusannya kepada Gempak.

Berikut merupakan tiga perkara yang diperhalusi Zamani menerusi kenyataan media itu:

1. Kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production  yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga saya serta mengekalkan Aalan Ahmad selaku pengurus saya. Oleh yang demikian sebarang urusan termasuk urusan show dan lain-lain hendaklah dibuat secara terus ke ZIME Production ataupun melalui Aalan Ahmad.

2. ZIME Production juga akan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan ‘merchandising’ dan  tidak  melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mencetak ataupun menjual apa-apa ‘merchandise’ berkaitan dengan saya.

3. Buat masa sekarang ini, pihak pengurusan sedang merancang untuk menubuhkan kelab peminat yang rasmi (Zamani Fan Club). Sebarang maklumat akan diberitahu kelak di laman sosial rasmi saya - 
Facebook: zamani slam official fanpage dan Instagram: zamanislam_official.

Sebelum ini status pengurusan Zamani menjadi tanda tanya apabila bekas pengurusnya, Johan Aziz menyuarakan pandangan agar penyanyi itu menarik diri daripada GV5 apabila gagal menyanyi pada minggu kelima.


Tag: Gegar Vaganza 5, GV5, Zamani, Zamani Fan Club, laman sosial, zamani slam official fanpage


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.