Tutup

Sibuk dengan konsert, Siti Nurhaliza tetap tidak abai Siti Aafiyah

Sibuk dengan konsert, Siti Nurhaliza tetap tidak abai Siti Aafiyah
Siti Nurhaliza berkata beliau akan berusaha meluangkan masa secukupnya dengan anak kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid walaupun kini sedang sibuk dengan persediaan Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour bermula Februari depan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akan berusaha meluangkan masa secukupnya dengan anak kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid walaupun kini sedang sibuk dengan persediaan Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour bermula Februari depan.

Siti bagaimanapun bersyukur kerana dibantu keluarga yang menguruskan jadual hariannya yang padat.
"Memang kami berkejar-kejar, ada juga berebut masa pun ada juga macam saya tapi saya bersyukur urus jadual keluarga. Macam saya keluar hanya dua jam tak boleh lebih sampai lima jam. Dua jam tiga jam pun cukup, saya adjust masa untuk Aaafiyah," katanya selepas Majlis Penutup Kempen Simplysiti di Hati 2018 di ibu Kuala Lumpur pada Rabu.

Malah, katanya, Siti Aafiyah masih lagi menyusu, menyebabkan dia tidak boleh terlalu lama meninggalkan anaknya itu.
"Oleh kerana saya masih menyusukan badan, itu sangat penting untuk saya memberi ruang untuk anak. Keinginan saya pula untuk menyusukan dia sampai umur dua tahun," ujarnya lagi.

Sehingga kini katanya, lebih 80 peratus tiket konsert telah berjaya dijual bagi jelajah yang diadakan di ibu negara.

Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour bermula 21 Februari ini Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan diikuti di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac.

Peminat di Malaysia juga boleh menyaksikan konsert itu di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac.

Siti juga dijangka kembali beraksi di Royal Albert Hall, London pada April 2019.