Simpan duit, Shawn Mendes ke Kuala Lumpur Oktober ini!

Simpan duit, Shawn Mendes ke Kuala Lumpur Oktober ini!
Shawn Mendes akan berjumpa dengan peminat-peminatnya di Malaysia buat pertama kali pada 5 Oktober depan.
KUALA LUMPUR: Sejak diumumkan bakal mengadakan konsert jelajah di Asia, ramai yang mengharapkan penyanyi kelahiran Kanada, Shawn Mendes akan memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi persembahannya.

Impian peminat penyanyi itu menjadi kenyataan apabila Mendes akan berkunjung ke Malaysia untuk menjayakan Shawn Mendes: The Tour 2019.

Mendes mengesahkan akan bertemu peminat-peminatnya di Malaysia pada 5 Oktober depan.
Penghibur yang popular dengan lagu Lost in Japan itu akan membuat kemunculannya di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Peminat-peminat yang mahu menyaksikan penyanyi itu boleh mendapatkan tiket dengan RM258, RM 358 dan RM 428 bermula 29 April ini pada pukul 10 pagi di  www.prworldwidelive.com or www.myticket.asia.

Sebelum menjelajah ke Malaysia, Mendes akan memulakan konsert jelajahnya di Bangkok, Thailand dan juga Singapura.

Selain itu, Indonesia, China, dan Jepun juga bakal dikunjunginya.

Antara lokasi jelajah yang menjadi pilihan Shawn Mendes

Tag: Shawn Mendes, Lost In Japan, Kuala Lumpur, Axiata Arena, Tour, Konsert, Konsert Jelajah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.