BINTANG rap terkenal, Snoop Dogg akhirnya mendapat pengiktirafan Walk of Fame.

Pengiktirafan itu ternyata bak mimpi jadi realiti bagi kebanyakan bintang terkenal Hollywood, begitu juga bagi bintang yang popular dengan lagu hit "Who Am I" ini.

Apa yang menarik perhatian semasa majlis pengiktirafan tersebut adalah ucapan beliau.

Jelas berbangga dengan diri sendiri yang telah berjaya mencatatkan rekod jualan platinum, Snoop Dogg berterima kasih kepada dirinya sendiri.


Majlis penyerahan bintang Walk of Fame itu menyaksikan Snoop Dogg sebagai penerima ke 2,651.

Antara rakan selebriti yang hadir termasuk Pharell Williams, Quincy Jones dan Jimmy Kimmel.