Berita  |  Hiburan

'Spain, Sepanyol bukan ke sama? Matrix dekat planet Marikh ke?' - Netizen persenda Aliff Syukri

'Spain, Sepanyol bukan ke sama? Matrix dekat planet Marikh ke?' -  Netizen persenda Aliff Syukri
Netizen bagaimanapun mula menjadikan kapsyen tersebut bahan lawak dan bertanya kepada Aliff di mana letaknya negara 'Matrix', 'Spain' dan 'Sepanyol'. - Foto Astro GEMPAK
JUTAWAN kosmetik Datuk Aliff Syukri menjadi bahan ketawa netizen gara-gara kapsyen yang ditulisnya di Instagram.

Aliff menerusi sebuah muat naik sebelum berangkat ke Sepanyol untuk penggambaran muzik video, Abang Nak Tegur dua hari lalu, menulis kapsyen dan memberitahu akan ke 'tiga' buah negara untuk tujuan tersebut.

BACA: Kenapa 'unlike' video saya? - Datuk Aliff Syukri
 
 

mcm mana suara @coach_yin dan @nursajat02 sedap tak??? komen jujur tau.. syukur sbb kru percaya bakat saya @krumusic sponser vedio clip muzik vedio #abangnaktegur sampai ke 3negara skrg kami nak ke spain spanyol,matrik dan banyak lagi.. bersama smua krew mat salleh ..korang rasa berapa nilai ya?? . . korang boleh dengar dan lihat lirik vedio ini di @krumusic ..secara full dan di YouTube ..Bermula hari ini anda boleh terus mendengarkan lagu saya di YouTube cara rasmi dan maxis ,calcome boleh ke spotyfiy dan ifone semua boleh lahh taib jee ...malah anda juga boleh menyanyikan lagu ini dan tang kepada saya lagu yg anda yanyikan..peserta yang paling sedap akan dipilih sebagai juara.. saya akan bagi hadiah misteri tunggu

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Netizen bagaimanapun mula menjadikan kapsyen tersebut bahan lawak dan bertanya kepada Aliff di mana letaknya negara 'Matrix', 'Spain' dan 'Sepanyol'.

Selain itu, netizen turut mempertikaikan tentang kesalahan ejaan lain yang berlaku dalam entri tersebut.
@muhammadhairul_red: betulkan ejaan tu..eja video asyik salah je..anak buah aku 5 tahun pandai mengeja dgn betul..ejaan lain jgn kira lah terabur baq hang..dato ni jutawan tapi sng diperbodohkan. #openyoureyes

@eyqaidris: Nak masuk matrik mana xtau

@azam_46: Spain - sepanyol sme je


@shimshima_hashim:  Wow dato..mentang2 smlm cakap umur ada tak mcm 18 tahun harini dan2 nak masuk matrik semula..cayalah dato


Dalam pada itu, netizen masih mengkritik lagu nyanyian Aliff dan usahawan kosmetik Nur Sajat itu.

Dan rata-ratanya tidak berpuas hati dengan Nur Sajat kerana vokalnya yang dikatakan tidak layak untuk bergelar penyanyi.

@hasyriqmario: Jujur dari saya , Kalau Dato solo , Rasanya Dah ramai Like. Bukan nak kata Suara Nur Sajat tu Tak sedap . Suara jadi lagi sedap kalau Dia keluarkan Suara yang betul . Industri Musik Sekarang muka tak dipandang , Tapi Bakat . kalau saya invest 1M Dollar untuk 1% daripada syarikat Dato, Dato Setuju tak ?

@hzrth_: Bilo masuk part sajat , jahannam !

@zrithsufie_23: Suara nur sajat tu pengacau


@roseanneblume98@hzrth_: Betul, suara Sajat tu Tak tentu arah langsung.


Teks: Astro Gempak

UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI