Selesai penggambaran "Lincoln", pengarah Steven Spielberg menyumbangkan peralatan filem itu kepada badan amal.

Badan amal kegemaran teraju utamanya, Daniel Day-Lewis menjadi pilihan.

Day-Lewis merupakan penyokong kuat "Wicklow Hospice Foundation" sejak ibunya mendapat penjagaan di sana pada 2009.

Aktor itu membintangi filem "Lincoln" sebagai bekas presiden Amerika, Abraham Lincoln.

Selain peralatan, antara barangan yang didermakan termasuk sarung tangan, patung tentera serta pisau buatan tangan.

Kesemuanya akan dilelong semasa tayangan perdana yang akan diadakan di Dublin pada 20 Januari ini.

Filem "Lincoln" mendahului pencalonan anugerah Oscar dalam 12 kategori.