Kekasih kepada penyanyi Akim Ahmad, Stacy mengakui bahawa dia kini sedang belajar untuk berpuasa.

Bagaimanapun menurut pemenang Akademi Fantasia musim keenam itu, atas faktor kesihatan dia baru sahaja dapat berpuasa selama dua hari.

“Setakat ini saya baru dapat berpuasa selama dua hari saja kerana saya kurang sihat dan mengalami batuk serta selsema.

“Tahun ini merupakan kali pertama saya belajar berpuasa dan rasanya sangat lain lebih-lebih lagi apabila tiba waktu berbuka,” katanya seperti yang dilapor BH Online.

Tambah Stacy lagi dia juga turut berkunjung ke rumah keluarga Akim untuk berbuka puasa bersama ibu bapanya.

"Saya turut berkunjung ke rumah Akim untuk berbuka puasa bersama ibu bapanya. Jika ada jodoh antara saya dan Akim, adalah.

“Lagipun puasa juga dapat membantu dari segi kesihatan juga," ujar penyanyi berusia 25 tahun itu.

Selain itu, pelantun lagu itu juga mengakui Akim banyak memberi dorongan dan sokongan kepadanya ketika berpuasa.