"Style gila ihram kau" - Netizen usik foto seksi Hairul Azreen

"Style gila ihram kau" - Netizen usik foto seksi Hairul Azreen
Hairul mengenakan pakaian namun menampakkan sebahagian dada dan tangannya yang berotot ketika menjalani penggambaran sebuah majalah.
PELAKON Hairul Azreen telah mengundang perhatian ramai orang apabila berkongsi sekeping foto di laman Instagram (IG) miliknya.

Menarik perhatian netizen, Hairul mengenakan pakaian namun menampakkan sebahagian dada dan tangannya yang berotot ketika menjalani penggambaran majalah Glam Lelaki edisi bulan Januari.

"Thank you saya di pilih menjadi cover @glamlelaki January 2019.

"Permulaan yang baik untuk saya & harap yang sama utk penyokong saya #TheBestNeverRest," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengusik mengatakan penampilan Hairul seakan dirinya memakai 'ihram'.

"@alifhadi: Style gila ihram kau!"

"@mus_cmr: Bila nampak hairul pakai mcm ni, teringat airil zafril tanya dato alif pakai ihram ke tu?"

"@_eysh_: Dari depan nampak mcm kain ihram, dari tepi nmpk pelik."

"@zahid_hymni: Pakai ihram ke?"

"@faiz_jep: X balik umrah lg ke? Lamanya pi umrah."

"@miszsyierra: Ambil konsep pakai ihram ke?"

Sehingga kini, foto tersebut menerima lebih 60000 'like' dan lebih 200 komen daripada pengikut Hairul.


Tag: Instagram, pelakon, ihram, Hairul Azreen


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.