Sudah bersedia untuk "angkat tangan"? Ini apa yang perlu anda tahu mengenai AME19

Sudah bersedia untuk "angkat tangan"? Ini apa yang perlu anda tahu mengenai AME19
Neelofa, Nabil dan Jihan akan bergandingan bersama di pentas AME19 yang akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, Ahad ini - Gambar Instagram Neelofa/NabiZiral/JihanMuse
KUALA LUMPUR: Tinggal beberapa hari lagi Anugerah Meletop Era 2019 ( AME19 ) bakal mengegarkan pentas Axiata Arena, Bukit Jalil, di ibu negara.

Jika tahun lepas penyanyi, Khai Bahar dan Hos Meletop, Neelofa Mohd Nor berjaya merangkul Anugerah Utama, iaitu Anugerah Meletop Top Top dan sudah pasti, anda semua tidak sabar untuk mengetahui siapa pula yang bakal merangkul Anugerah Utama buat tahun ini.

Astro AWANI kongsikan beberapa fakta menarik untuk AME19.

Edisi yang keenam AME19 membawakan tema Glam

AME19 tahun ini membawakan tema berunsur Glam atau glamor.

Menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, AME19 akan mengetengahkan tema Glam kerana ingin membawakkan sedikit kelainan serta menggunakan tagline "Yang Legit, Yang Legend".

"Kita mengekalkan tagline Yang Legit Yang Legend! bagi menghargai mereka yang sudah lama dan baharu menyinari industri hiburan," katanya di sidang media AME19 yang diadakan pada bulan Mac lalu.

Dan sudah pasti anda akan melihat artis kesayangan anda melaram dengan penuh gaya semasa di permaidani merah yang akan disiarkan bermula 9 malam.
Ratu parodi, Jihan Muse bergandingan bersama Nabil dan Neelofa

Siapa yang tidak kenal dengan parodi-parodi yang dilakonkan oleh pengacara dan pelawak, Jihan Muse atau lebih dikenali sebagai Ratu Parodi.

Tahun ini, Jihan akan kembali mengacarakan pentas AME19 bersama hos Meletop Nabil Ahmad dan Neelofa.

Sudah pasti gabungan tiga hos ini bakal memeriahkan lagi pentas AME19 tahun ini.


Nabil Ahmad dan Neelofa tarik diri daripada percalonan Top 5

Hos Meletop, Nabil Ahmad dan Neelofa membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri dari setiap pencalonan AME19.

Keputusan itu dibuat kerana ingin memberi peluang kepada rakan-rakan artis yang lain untuk memenangi setiap anugerah yang dipertandingkan.

Pihak pengurusan akui agak sukar menerima keputusan tersebut namun mereka menghormati keputusan kedua-dua hos tersebut.

Persembahan hebat dari artis-artis terkemuka tanah air

Bukan sahaja ingin mengetahui siapa yang bakal memenangi Anugerah, malah anda mesti menantikan setiap persembahan yang hebat untuk AME19.

Tahun ini, antara barisan artis yang akan membuat persembahan ialah Misha Omar, Hael Husaini, Pop Shuvit, Ismail Izzani, Ayda Jebat dan ratu rock negara , Ella.

Apa yang lebih menarik, melalui Instastories yang dimuatnaik oleh Misha, beliau memberi tahu akan berduet bersama dengan Hael Husaini. Menerusi lagu apa? Itu anda kena tunggu!

Hael dan Zizi kirana, Nyanyi lagu rasmi

Jika tahun lepas Haqiem Rusli dan Aziz Harun menyanyikan lagu rasmi AME tahun ini tugas itu diberikan kepada pencipta lagu dan juga penyanyi, Hael husaini dan berduet bersama dengan Zizi Kirana menerusi lagu Yang Lit, Yang Legend.


Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Misha Omar antara pesaing terkuat

Kehadiran dua artis ini memberikan pesaingan kuat buat semua artis yang bertanding AME19.

"Comeback" mereka di dalam industri sudah semestinya memberikan keterujaan buat peminat-peminat setia mereka.

Datuk Seri Siti Nurhaliza tercalon dalam kategori Lagu Meletop menerusi lagu Anta Permana dan Penyanyi Meletop.

Manakala, Misha Omar pula akan bertanding dalam kategori sama menerusi lagu Sampai Bila.

BACA : AME19 kembali menggegarkan, undian Top 5 bermula!


AME2019 bakal berlangsung pada 21 April ini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pukul 9 malam.

Jangan lupa untuk saksikan AME19 secara langsung di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Tag: Meletop, Anugerah Meletop Era 2019, AME2019, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Khai Bahar, Bukit Jalil, Media, Astro Awani


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.