PRODUKSI terkenal Marvel Studio dilaporkan akan bekerjasama dengan superhero terkenal Jepun, Ultraman.

Menerusi laman sosial Twitter, Marvel dan Tsuburaya Productions teruja untuk mengumumkan kolaborasi ini dan mereka bakal mengeluarkan komik bersiri dan novel grafik.




Pengumuman itu diuar-uarkan sewaktu Tokyo Comic Con dan akan dilancarkan pada tahun 2020.

Namun, untuk pengetahuan semua, kolaborasi ini Ultraman dan Marvel ini hanya untuk kerja-kerja di atas kertas sahaja iaitu yang melibatkan komik dan novel.

Malah, mereka belum ada sebarang perancangan untuk menerbitkan filem Ultraman di dalam Marvel Cinematic Universe.

Jika ada pun, berkemungkinan Ultraman akan wujud di dalam garis masa berasingan dengan karakter-karakter superhero Marvel yang lain.

Biarpun hanya komik dan novel, para peminat Marvel sudah cukup teruja untuk menyaksikan Ultraman tersenarai dalam superhero Marvel.