Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dilapor dikejarkan ke pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur dipercayai menghidap demam denggi.

Datuk Yusof Haslam mengesahkan isterinya, Datin Patimah Ismail ada membawa syamsul ke hospital.

Namun beliau tidak dapat memberi maklumat lanjut kerana belum mendapat berita daripada isterinya.

Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat, pengarah filem "KL Gangster 2" ini sempat berjenaka mahu melangsungkan perkahwinannya di hospital jika masih belum sihat.