ANDA tidak berkesempatan menonton kumpulan K-Pop terkenal, BTS di pentas konsert?

Lebih-lebih lagi buat ARMY di Malaysia yang mungkin tidak berpeluang untuk menyaksikan BTS menggegarkan pentas Stadium Nasional Singapura 19 Januari ini.

Jangan risau, anda kini boleh menonton persembahan konsert mereka menerusi tayangan layar perak.

Ya! Konsert BTS World Tour Love Yourself in Seoul akan ditayangkan di pawagam bermula 26 Januari ini.

Filem ini bukan hanya akan ditayangkan di pawagam seluruh Asia, malah ia juga akan ditayangkan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.



Tiket tayangan filem ini juga sudah mula dijual di Malaysia menerusi lawan sesawang https://www.loveyourselfinseoul.film/

Filem BTS Burn The Stage sebelum ini mencatat kutipan USD18.5 juta, sekali gus menewaskan kutipan filem konsert tertinggi oleh kumpulan One Direction.