FOTO bayi bongsu Linda Hashim, yang jatuh tergolek dari buaiannya mendapat perhatian netizen.

Menurut Linda bayinya, Indah Camella yang baru berusia sebulan itu jatuh tanpa disedarinya kerana tiada tangisan yang didengari.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di akaun Instagram menunjukkan Indah tergolek ke bawah buaian dalam keadaan mengiring.

Rata-rata pengikutnya terkejut melihat keadaan bayi tersebut dan ada juga yang musykil kerana kelihatan seperti anaknya tidak sakit.

Malah wajah Indah di dalam foto tersebut kelihatan tenang dan tidak menangis.

Namun ramai yang merasakan buaian moden itu tidak selamat untuk bayi.



Linda mendirikan rumah tangga dengan pelakon Beego pada 8 Jun 2013 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4.

mcm baru lepas gempa bumi..tak nagis tak apa tahu2 dah jatuh.. @indahanggunjelita

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego) on