Video iklan raya Astro 2015 yang memaparkan kisah kehidupan sebenar Herman kini semakin meraih perhatian umum selepas mencatat hampir 200,000 tontonan di laman YouTube.

Dengan bertemakan ‘Tiada Noktah Untuk Kemaafan’, ianya mengenai Herman yang merupakan bekas penagih dadah mengambil kesempatan di bulan Syawal memohon maaf kepada bapanya setelah sekian lama tidak lama bersua.

Kesan daripada pengambilan dadah pada masa silam yang lalu memberi kesan terhadap Herman yang hilang upaya untuk bertutur serta berjalan.

Terdapat beberapa babak suka dan duka dikongsi bersama dalam iklan tersebut sehingga menyentuh hati dan perasaan para penonton. Lebih-lebih lagi saat pertemuan Herman dan bapanya buat pertama kali yang ingin memohon ampun dan maaf.

Rata-rata mereka yang telah menonton menzahirkan rasa sayu selain mendapat pengajaran berguna. Malah kebanyakan maklumbalas mengaku hampir mengalirkan air mata kerana benar-benar tersentuh.

Iklan raya Astro 2015 pada dasarnya mengupas tentang pengertian #kosongkosong dan nilai kemaafan dalam kehidupan.