Berita  |  Hiburan

'Tak sangka mereka sangat sensitif' - Zara Zya tegur peminat fanatik K-pop

'Tak sangka mereka sangat sensitif' - Zara Zya tegur peminat fanatik K-pop
Zara Zya terkilan apabila soalan yang langsung tidak berunsur sinis, dibalas dengan jawapan yang kasar. - Instagram Zara Zya
PELAKON Zara Zya terkilan dengan sifat sensitif tidak bertempat sesetengah golongan peminat artis Korea Selatan.

Dalam kemas kini status di Instagram, Zara Zya berkata dia tidak faham mengapa dirinya 'diserang' hanya kerana bertanyakan soalan yang ringkas, 'apa istimewanya KPOP?'

Tambahnya, soalan itu hanya soalan biasa yang tidak langsung mempunyai unsur sinis, sebaliknya diutarakan untuk memahami mengapa masyarakat, khususnya remaja perempuan, cukup menggilai artis-artis dari negara itu.
Sebaliknya berlaku apabila dia dihambur dengan caci maki sebagai 'jawapan' kepada soalan tersebut.


 

 

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


"Seolah-olah tak faham jawapan soalan peperiksaan. Tak sangka mereka sangat sensitif.

"Ada yang faham soalan dan menjawab dengan baik. Suka sebab lagu mereka best, drama mereka best. Ya, betul jawapan itu dan tiada bantahan," tulis Zara Zya.

Lebih mengecewakan, katanya, majoriti yang memberikan jawapan kasar itu adalah golongan perempuan bertudung, malah lebih teruk, ada yang sehingga membabitkan isu agama.