AKTRES jelita, Maya Karin mempunyai pengalaman menarik ketika berkunjung ke Labuan baru-baru ini.

Apa yang menarik dikongsi pelakon itu adalah ketika dia masuk tandas sebuah restoran mamak di sana.

Mungkin kebanyakan pengunjung pernah melalui pengalaman sama dan beranggapan tahap kebersihan sama saja di restoran mamak lain.

Bagaimanapun, pengalaman Maya sebenarnya turut mengejut dirinya apabila mendapati sebuah restoran mamak mempunyai tandas yang bersih.

Malah, apa yang lebih membuatkan dia kagum adalah tandas itu juga mempunyai dekorasi yang tidak disangka pengunjung.

"Bercakap pasal tandas, saya sangat kagum dengan sebuah restoran mamak di Labuan sebentar tadi. Sangat bersih dan mempunyai dekorasi. Suatu yang tidak dijangka," katanya menerusi akaun Twitternya, @maya_karin, semalam.
Maya memuat naik status itu di media sosial sebagai menjawab soalan seorang netizen yang bertanyakan pandangannya terhadap tandas di sana.

Sehari sebelum itu, Maya sempat puji perkhidmatan feri dari Kota Kinabalu ke Labuan.
Ujarnya, perkhidmatan awam itu bergerak dan sampai tepat pada masa yang dijadualkan. Selain itu, feri itu juga menyediakan kemudahan tong sampah yang banyak. - Teks oleh: Elrafaei Sapi