Menimang cahaya mata yang pertama, pasangan Putera William dan Kate Middleton dijangka lahir pada 13 Julai selain dikhabarkan bakal menimang anak lelaki.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara berkenaan.

Sumber mengatakan berita mengenai kelahiran itu diketahui semasa majlis BBQ salah seorang kenalan keluarga Diraja itu.

Sekiranya berita itu benar, turut berkongsi tarikh dengan kelahiran bayi diraja itu adalah majlis koronasi Ratu Elizabeth yang berlansung dari 11 Julai ke 14 Julai.

Putera Willam dan Kate Middleton berkahwin pada April 2011 dalam satu majlis besar-besaran di Westminster Abbey.