SATU video menunjukkan kemampuan seorang pekerja di sebuah restoran melakukan dua kerja serentak tular di media sosial.

Pekerja yang bernama Erika Kayne itu dilihat memegang mikrofon sambil menyanyi ketika dia sedang bertugas di mesin tempahan.

Apa yang menariknya, Erika dapat melantunkan suara dengan cukup baik walaupun ketika itu sibuk melakukan sesuatu menggunakan mesin tersebut.

Bukan hanya netizen, malah selebriti popular di Amerika Syarikat turut berkongsikan video berkenaan.

Antara selebriti yang 'post' semula video tersebut ialah Snoop Dogg yang berpendapat Kayne sepatutnya ditawarkan kontrak untuk merakamkan album.