"Telan berpuluh ratus ubat, tak boleh jalan tegak" - Zul Ariffin kembali sihat

"Telan berpuluh ratus ubat, tak boleh jalan tegak" - Zul Ariffin kembali sihat
Dalam kemaskini di Instagramnya semalam, Zul memberitahu sepanjang dirawat, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk sukar berjalan tegak. - Foto Instagram
PELAKON Zul Ariffin mendedahkan dia kini telah kembali sihat dan memulakan sesi latihan untuk filem terbaharunya, J Retribusi.

Dalam kemaskini di Instagramnya semalam, Zul memberitahu sepanjang dirawat, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk sukar berjalan tegak.
"Rabak! First day training balik after 3 bulan sakit, masuk hospital, tak dibenarkan makan bermacam-macam makanan, telan berpuluh ratus ubat, tak boleh jalan tegak dan bermacam-macam lagi.

"Alhamdulillah berkat doa semua orang, i’m back.. now ada 3 minggu untuk train sebelum shoot film #JRetribusi #J2, 3 minggu untuk melantak power-power, 3 minggu untuk kena buli ngan trainer abang hot @ijamasri.

"Masuk set bulan Ramadhan dan bergasak sampai lebam!! Murtabak and ayam percik akan dijadikan motivation," tulisnya.
 

Entri itu mendapat tumpuan ramai termasuk rakan artis yang memberikan galakan untuk Zul teruskan latihan.

Malah, ada juga yang tertarik dengan foto Zul yang berpakaian sukan serba hitam untuk sesi latihan terbabit.

Sekitar pertengahan Mac lalu, Zul dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah bengkak pankreas.

Tag: Instagram, Zul Ariffin, pelakon, J Retribusi, Hospital, filem, buli


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.