KONSERT AF Megastar minggu ketiga diteruskan lagi pada minggu ini dengan tema Mahakarya.

Seramai sembilan bintang yang berjaya mara telah memilih lagu masing-masing.

Sembilan bintang tersebut adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi Rashid, Syamel, dan Amir.

Produser AF Megastar, Ain Farikh berkata minggu ini bintang AF Megastar akan menyanyikan lagu yang mempunyai ciri-ciri Makarya iaitu lagu yang telah memenangi anugerah.

"Kami mengangkat tema Mahakarya untuk minggu ini dan bintang-bintang ini akan menyanyikan lagu-lagu yang telah dinobatkan atau diiktiraf terbaik serta memenangi pelbagai anugerah," katanya.

Berikut merupakan senarai lagu bintang AF Megastar di minggu ini:

1. Shahir - Pencuri Hati (Ayda Jebat)

2.Indah - Lelaki (Yuna)

3. Syamel - Hanya NamaMu (Caliph Busker)

4. Amir - Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)

5. Sufi - Izinkan Ku Pergi (Kaer)

6. Bob - My Heart Will Go On (Celine Dion)

7. Marsha - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)

8. Idayu - Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)

9. Amir Jahari - Viva La Vida (Coldplay)

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal