PENYANYI kelahiran Malaysia yang menempa nama di Hollywood, Yuna merakamkan penghargaan kepada semua peminatnya yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seninya.

Di laman Instagram peribadinya, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai terharu dengan sokongan luar biasa peminat-peminatnya.

Kata Yuna, apa yang dikecapinya hari ini berbeza dengan senario sedekad yang lalu ketika dia mula berjinak-jinak dalam bidang muzik.

"Terima kasih kerana selalu mendengar lagu-lagu saya ketika lewat malam, ulang kaji pelajaran, memandu, minum kopi di pagi hari, kelas menari dan selepas putus cinta.

"Terima kasih kerana menghidupkan muzik saya, menurut apa yang saya peroleh dari Spotify, lagu-lagu saya telah dimainkan di 76,890 bandar di seluruh dunia," tulisnya sebagain kapsyen.

Menjengah di ruangan komen akaun Instagram Yuna, rata-rata netizen berkongsi kegembiraan dengan pencapaian peminat penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu.

Thank you for playing my music during your quiet late nights, studying, driving, having your morning coffee, dance class, after breaking up with someone lol (i get this a lot!).. thanks for giving my music a place to live, when I first started doing this 10 years ago they only lived within the walls of my bedroom. Love you all