PENGACARA nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi membuat kejutan kepada pengikut-pengikutnya apabila secara spontan memberikan duit raya ketika membuat 'live' di Instagram.

"Masa Paknil buat Live tadi ramai pulak yang mintak duit raya. Jadi Paknil cakap saper yang letak nombor account, nama dan nama bank, Paknil akan pilih secara rawak," tulis Aznil sambil memaparkan lima screen cap mereka yang terpilih.

Rata-rata memuji sikap Aznil yang sering menghargai peminat dan pengikutnya apatah lagi dia sering melakukan perkara-perkara baik ini secara spontan.

Salah seorang pengikut Aznil di Instagram turut berterima kasih kerana Aznil memberikan contoh yang baik sebagai seorang selebriti.

"Walaupun saya tak dapat, saya tetap berterima kasih dengan Paknil kerana Paknil meraikan followers Paknil.

"Ada banyak selebriti or not, yang orang kenal, tolonglah raikan peminat dan pengikut kalian. Balas komen pun dah memadai," tulis seorang peminat.

BACA: Tak tahu nak kata apa, Twitter wanita ini diserang gara-gara pertikai duit raya RM5!

BACA: Duit raya banyak atau sikit, tolong hormat rezeki orang bagi - Sharnaaz Ahmad

Masa #paknil buat LIVE tadi ramai pulak yg mintak duit raya. Jadi Paknil ckp saper yg letak nombor account, nama dan nama bank, Paknil akan pilih 5 secara rawak. Mana yg sempat Paknil ScreenCap. Alhamdulillah Yg bertuah adalah @kenzo_official78 @mustaqimrahim_ @sofi_aljufri @maznor_idzhan @eaglemotardgeneration_ Yg lain, nantikan bila2 Paknil Live kat IG lagi k! Selamat Hari Raya