PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencatat pencapaian tersendiri apabila meraih tujuhjuta pengikut di laman sosial Instagram.

Menerusi laman sosial Instagram peribadinya, Siti Nurhaliza memuat naik sebuah rakaman video tanda penghargaan kepada semua pengikutnya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengikut tersayang,” kata pelantun lagu Anta Permana itu di ruangan kapsyen.

Video berdurasi satu minit itu dirakamkan buah hati kesayangan negara itu di Gold Coast, Australia.

Penghibur itu kini sedang bercuti bersama keluarganya di tempat pelancongan terkenal itu.

Alhamdullillah, Tq my lovely followers..❤️

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Kejayaan Siti Nurhaliza mengumpul tujuh juta pengikut di Instagram disambut dengan ucapan tahniah daripada pencinta-pencintanya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada ibu kepada Siti Aafiyah Khalid dan mengharapkan beliau terus memberi inspirasi kepada pengikutnya.

“Kekal nombor satu. Tiada tandingan dulu, kini dan selamanya. Tahniah Tokti!” antara catatan peminat setia penyanyi berusia 41 tahun itu.

Selepas lapan jam dimuat naik di Instagram, video berkenaan telah ditonton oleh hampir 400,000 tontonan.



Selain tujuh juta pengikut di Instagram, Siti Nurhaliza juga mempunyai 400,000 pengikut di saluran YouTube rasminya mana akaun Twitter peribadinya pul diikuti oleh 2.5 juta orang.