Tutup

Terima kritikan ramai, reka bentuk animasi "Sonic the Hedgehog" akan diubah?

Terima kritikan ramai, reka bentuk animasi "Sonic the Hedgehog" akan diubah?
Antara yang perkara yang membuatkan penonton tidak berpuas hati adalah gigi landak biru itu didapati tidak realistik. - Foto Impawards
KUALA LUMPUR: Pengarah "Sonic the Hedgehog" Jeff Fowler memaklumkan akan ada perubahan pada reka bentuk animasi bagi watak utama filem itu

Dalam entri baharu di akaun Twitter miliknya, Fowler berkata keputusan itu diambil sebagai tindakan maklum balas kepada kritikan orang ramai terhadap penampilan dan reka bentuk watak utama filem itu yang dikatakan kurang realistik dan tidak memenuhi jangkaan penonton
Tambahnya jika orang ramai tidak berpuas hati dengan reka bentuk animasi itu, dia sedia melakukan perubahan.


Trailer yang dikeluarkan pada Selasa lepas itu mendapat kritikan ramai.
Antara yang perkara yang membuatkan penonton tidak berpuas hati adalah gigi landak biru itu didapati tidak realistik dan bentuk kakinya tidak seimbang


Fowler juga memberitahu pihak Paramount dan SEGA akan melakukan yang terbaik untuk melakukan perubahan itu agar semua orang berpuas hati.

Mengikut keterangan video di YouTube, filem itu mengisahkan pengembaraan Sonic Si Landak Biru yang menjalani kehidupan di bumi dan bertemu dengan Tom Wachowski.



Sonic dan Tom bekerjasama untuk menghentikan Dr Robotnik yang jahat, dari menangkap Sonic dan menggunakan kuasanya untuk menguasai dunia.





Tag: filem, sonic the hedgehog, perubahan, Paramount, SEGA



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.