BUAT pertama kalinya primadona negara, Erra Fazira dan penyanyi Datuk Awie bakal muncul sebagai pengacara MeleTOP Selasa ini.

Kemunculan Awie dan Erra di program MeleTOP adalah untuk menggantikan tempat Nabil dan Neelofa yang sedang bercuti.

Bagaimanapun, peminat sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat gelagat dan interaksi antara Awie dan Erra sejak berita ini mula dihebahkan pada Isnin.

Mana mungkin peminat dapat melupakan kisah antara Awie dan Erra yang pernah mengikat tali pertunangan sebelum ini namun jodoh mereka tidak panjang.

Yang lebih membuatkan peminat begitu respek dengan kedua-dua bintang popular ini adalah kerana sikap mereka yang cukup sporting dengan mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan persahabatan mereka sehingga ke hari ini.

Jeng jeng jeng! SURPRISE! Secara eksklusif ESOK kita ada @errafazira & @awieofficial sebagai Hos Undangan! Haa, korang mesti nak tengok apa jadikan?