PELAKON Izreen Azminda meluahkan rasa terkejut apabila menerima sejambak bunga ros daripada suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Izreen menjelaskan dia tidak menyangka Ude merupakan seorang suami yang romantik kerana telah lama dia tidak mendapat sejambak bunga.
"Allahuakhbar, ingatkan tadi ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak mai merompak takkan nak tekan loceng pulak kan.
"Bukak pintu teruih nampak bunga, tak sangka pulak orang itu seromantik ni. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV (televisyen) saja.
"Selama berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga).
"Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih," tulisnya.
BACA: 'Ini penganiayaan besar, saya tak tahu angkara siapa' - Izreen Azminda komen IG palsu
BACA: 'Intan, hentikan drama air mata!' - Ude minta semua pihak berhenti salahkan Izreen
BACA: Pernikahan Izreen Azminda dan Ude: "Hanya menumpang kasih, bukan perampas"
Izreen sah bergelar isteri Ude pada 8 Ogos 2017 dalam satu majljs perkahwinan tertutup di Damansara.
Sebelum ini, Ude yang mempunyai dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri, 1, pernah berkahwin dengan Intan Liana Saleh pada tahun 2013 tetapi berpisah pada 22 Mac lalu.
Izreen pula mempunyai seorang anak, Muhammad Adrian Umar, 4, dan pernah bernikah dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 2012. Mereka bercerai pada Jun 2014.
Teks Oleh: Rozaimi
Gempak
Wed May 02 2018
IZREEN: "Selama berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga)."
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
MAQIS rampas bunga ros dari Ethiopia bernilai lebih RM43,000
MAQIS merampas 1,208 kilogram (kg) keratan bunga ros segar dari negara Ethiopia bernilai RM43,210.65.
Ribuan pokok bunga ros dibuang kerana tiada pembeli
Pengusaha pusat semaian bunga ros di Cameron Highlands terpaksa membuang 15,000 pasu bunga ros sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.
Cubaan seludup bunga ros, mangga dari negara jiran gagal
Dua buah lori didapati cuba membawa masuk bunga ros sebanyak 57.60 kilogram (kg) dengan nilai RM576 dan 500kg buah mangga bernilai RM600 tanpa dokumen yang sah.
Terkejut dapat bunga, Izreen Azminda tak sangka Ude romantik
Pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa terkejut apabila menerima sejambak bunga ros daripada suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.