PELAKON Kamal Adli yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan tetap meneruskan komitmen untuk bekerja walaupun masih belum sembuh 100 peratus.

Kamal tetap meneruskan tugas sebagai hos untuk program #expeRIAnce, Curi Curi Cuti yang sedang menjalani penggambaran di Hong Kong.

Program Curi Curi Cuti ini akan menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria.

Teman rapat Kamal, aktres Emma Maembong turut berada di Hong Kong kerana Emma ditampilkan sebagai tetamu untuk rakaman episod tersebut.

Beberapa hari lalu, Emma ada memuat naik foto Kamal beserta dengan kapsyen yang menjelaskan Kamal terlibat dengan kes langgar lari.

"Sebelum pergi kerja breakfast dulu with @kamaladli. Get well soon. Alhamdullilah awak tak ada sakit dalaman yang serious. Syukur sangat. Cuma luka di #keslanggarlari #emmamaembong #emavengers @emavengers," tulis Emma.

Kamal juga memuat naik gambar yang menunjukkan kesan luka di kakinya di laman Instagram miliknya.

"Work work #CuriCuriCuti #SisTabah," tulis Kamal.

Astro Gempak mendoakan agar tahap kesihatan Kamal kembali pulih seperti biasa.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sebelum pergi kerja breakfast dlu with @kamaladli . Get well soon