BIARPUN tersingkir di pentas Big Stage, penyanyi Sissy Imann mendapat pujian ramai pihak kerana keunikan suaranya.

Pelakon tersohor, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy turut memuji Sissy menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Tersingkir atau tidak, I am still your no 1 fan Sissy Imann. You are a gem.

"You don't need TikTok. Kalau dah berlian disaluti lumpur sekalipun akan tetap bersinar.

"Just be yourself my dearest Sissy. You are 'rare'.

"Have always loved your voice & style. You are 'authentic'. Love you babe," tulis Ogy.

Tersingkir Atau Tidak I Am Still Your No 1 Fan Sissy Iman You Are A Gem You Don't Need Tik Tok Kalau Da Berlian Disaluti Lumpur Sekalipun Akan Tetap Bersinar Just Be Yourself My Dearest Sissy You Are "RARE" Have Always Loved Your Voice & Style You Are "AUTHENTIC" Love You Babe


Terharu dengan pujian yang diberikan, Sissy berterima kasih kepada Ogy menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Despite all the things I have to learn and improve, I am truly happy and grateful that a great figure in the industry, genuinely accept my music and myself just the way I am. I love you Kak @kak_ogy," tulis Sissy.



Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 7 bintang muda yang tinggal dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selepas Sissy tersingkir, Big Stage menyaksikan pertarungan antara Afieq Shazwan, Tajul, Syafiq Farhain, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Baby Shima untuk merebut gelaran juara.

Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!