JIKALAU sekarang anda lihat wajah ketujuh-tujuh ahli BTS, pastinya ramai yang tertarik dan ‘cair’ dengan ketampanan mereka.

Bagaimana pula dengan bentuk wajah jejaka Bangtan Boys ini dalam masa 15 tahun yang akan datang?

Adakah masih ramai yang mempunyai perasaan tertarik dengan pandangan pertama mereka?

Jungkook baru-baru ini memuat naik gambar yang diubah menggunakan lapisan daripada aplikasi 'Snapchat' yang membolehkan mereka bertukar wajah sehingga kelihatan tua.

I am predicting about 15 years from now. I almost died laughing while editing” kata Jungkook yang sungguh terhibur sewaktu melihat gambar tersebut.


Ini merupakan di antara reaksi BTS Army yang sentiasa menampakkan Jimin, J-Hope, Jin, Jungkook, V, Suga dan RM sentiasa terbaik di mata mereka.


Sebelum ini, BTS telah muncul dengan aksi persembahan tribut buat legenda The Beatles, di program realiti ‘The Late Show With Stephen Colbert’ pernah disoal bahawa di mana mereka melihat mereka dalam masa 10 tahun?

Ekoran itu, Jungkook berseloroh dengan menjawab bahawa mereka akan kelihatan berjambang dalam masa 10 tahun maka terhasilnya gambar itu.