ANGGOTA kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengulas lanjut mengenai perceraiannya dengan suami Mohd Firdaus Hajar baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Mimi memberitahu dia mahu menjawab segala soalan dan tanda tanya daripada peminat dan netizen yang selama ini menghubunginya.

Menurut Mimi tiada siapa yang menginginkan perceraian dalam perkahwinan dan dia berharap dia dapat melalui fasa tersebut dengan tenang.

Penyanyi itu berkata hanya Tuhan sahaha yang mengetahui suratan hidup yang ditempuhi.

Mimi memberi amaran kepada orang atau pihak luar supaya tidak cuba menokok nambah cerita mengenai hal peribadinya itu.

Katanya, spekulasi yang ditimbulkan hanya akan lebih mengeruhkan keadaan dan mengganggu emosi keluarga mereka.

Mimi menjelaskan lagi hubungannya dengan bekas suami masih baik malah masih berkawan baik sejak mereka kenal di usai Mimi 13 tahun.

Berikut merupakan luahan Mimi yang ditulisnya:

Salam semua. Bagi menjawab segala soalan yang beribu di message whatsapp phone call dan sosial media. Memang benar perkahwinan mimi tak berjaya bertahan. Pada bulan ini..mimi dan suami dah bercerai. Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat. Tuhan saja yang Maha Mengetahui apa yang yang sebenanrnya tertulis buat kami jadi mimi harap tiada yang cuba utk menokok tambah cerita hanya kerana bukti2 yang sesungguhnya tidak sama sekali benar. Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami. Kami masih berkawan baik seperti dulu. Firdaus adalah kawan sejati mimi semenjak umur mimi 13tahun. Jangan sekali2 berfikiran yang anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang dah kami jernihkan bersama. Dengan itu salam sayang dari saya semoga anda semua bahagia dan doakanlah yang terbaik buat saya dan bekas suami.