Penyanyi Lorde mungkin terkenal di seluruh dunia, namun seperti kita, dia juga menggunakan perkhidmatan perkongsian kereta, Uber.

Namun satu situasi lucu berlaku ketika Lorde menaiki perkhidmatan Uber baru-baru ini dan dia mengambil keputusan untuk menceritakan pengalaman itu dalam beberapa status yang dimuat naik ke laman sosial.

Agak menggelikan hati apabila kata Lorde, pemandu kereta itu langsung tidak mengenalinya, sebaliknya lebih teruja bercerita tentang seorang penumpang selebriti yang mendapatkan perkhidmatannya sebelum ini.





Namun begitu, siapa penumpang selebriti itu tidak didedahkan Lorde.

Situasi yang agak kekok itu bagaimanapun diterima baik oleh pemenang dua Anugerah Grammy itu. Lebih menarik, Lorde memilih untuk menceritakan pengalaman itu dalam tiga status bernada puisi, seperti lagu-lagu ciptaannya.