SELEPAS tiga tahun, penantian pelakon cantik, Anzalna Nasir untuk bergelar ibu akan berakhir tidak lama lagi.

Anzalna mengumumkan dia kini hamil empat bulan, menerusi akaun Instagramnya, pada Rabu.

"Allah tahu apa yang terbaik buat kita dan bila masa terbaik untuk kita memilikinya.

"Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat.

"Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya.

"Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal," tulis Anzalna.

Turut disertakan adalah video saat-saat dia mengumumkan berita gembira itu kepada ahli keluarganya.

Anzalna mengahwini ahli perniagaan, Mohamad Hanif Zaki pada Februari 2016.