Tiket bagi Konsert M.Nasir...Kembara masih boleh diperoleh di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota di sini.

Tiket berharga dari RM65 hingga RM125 itu dijual sejak Khamis.

Pengurus Artis dan Repertoire Luncai Emas Sdn Bhd, Sham Amir Hussain berkata jualan tiket di perkarangan SUKPA akan diteruskan sehingga malam konsert Ahad ini.

"Kita jangkakan lebih 3,000 penonton akan datang menyaksikan konsert selama tiga jam itu. Artis yang turut membuat persembahan ialah kumpulan Spider dan Fynn Jamal," katanya kepada pemberita.

Konsert yang dibawa FIRST oleh CELCOM akan diadakan di zon timur, selatan, utara dan sentral meliputi bandar Kuantan, Pasir Gudang (13 Jun), Seberang Jaya (5 Sept) dan Shah Alam (7 Nov).

Tiket turut boleh diperoleh melalui dalam talian di www.ticket2u.biz atau talian 03-4147 8600 atau 019-211 1600 (Zul).