Berita  |  Hiburan

Timang bayi lelaki, hadiah tahun baharu istimewa buat Jessica Alba

Timang bayi lelaki, hadiah tahun baharu istimewa buat Jessica Alba
Kata Jessica Alba, Hayez adalah hadiah tahun baharu paling istimewa baginya - Foto: Michael Loccisano/Getty Images/AFP
BINTANG Hollywood, Jessica Alba dikurniakan bayi lelaki pada malam tahun baharu.

Ini merupakan anak ketiga Alba bersama suami, Cash Warren.

Alba memuat naik gambar bayinya menerusi laman instagram dan mengumumkan nama bayi Hayez Alba Warren menerusi kapsyenya.
Kata Alba, Hayez adalah hadiah tahun baharu paling istimewa baginya.

Selain itu, bintang filem Fantastic Four ini turut memberi mesej kepada bayinya hingga menyentuh hati ramai netizen.

“Kamu bertuah kerana dapat bersama dengan seorang ibu yang kuat. Dua orang kakak kamu juga sudah tidak sabar mahu bertemu. Kamu akan bersyukur bila mereka membantu kamu untuk membesar.

“Ibu berjanji akan menyayangi kamu dan akan bersama dengan kamu untuk melayari impian kehidupan yang diinginkan,” katanya.

Pasangan Alba dan Warren berkahwin pada Mei 2008 di Los Angeles dan sudah pun memiliki dua anak perempuan iaitu Honor Marie Warren, 10 dan Haven Garner Warren, 7 tahun.